my Mom @ Dad

my Mom @ Dad

Sunday, April 14, 2013

Sekali Lagi Aku Di Uji

Kehidupan ini bermulanya dengan pertemuan dan berakhirnya dengan perpisahan, namun jadikanlah pertemuan itu sesuatu yang amat bermakna dalam kehidupan kerana bila mana ia pergi berlalu kita tidak akan dapat kecapinya lg sehinggalah kita sedar bila ia berlalu pergi.

Keputusan demi keputusan yang dapat namun jawapannya berbeza-beza kerana penghujungnya tidak pasti ia atau tidak. fikiran dicelarukan dengan masalah akal yang tidak tahu betul atau salah akan maksud yang bermain di fikiran. Semakin di fikirkan semakin kita rasa ia hampir dan ia sudah pun berada dalam genggaman kita dan kadang-kadang ia juga tidak pasti kemana ia akan pergi. Bila' Dimana' Kenapa' itu yang dipersoalkan dalam kehidupan kita yang harus diteruskan walaupun ia pahit ditelan.....

Thursday, September 8, 2011

Sekali lagi Ia Datang dan Pergi

Masa selalui mencemburui saat yang ada.....sedar tidak sedar ia sudah menjadi keskitan dalam diri ini. Entah mengapa ia berlaku aku pun tidak paham. Aku merasa apa yang tidak ku duga untuk menelannya walau pun ia pahit bagaikan hempedu. huhu....ya allah engkau jaga lah tinggkah laku ku agar sesiapa yg mengenali diri ini tidak akan merasa kepahitan seperti ini. Mungkin ada hikmah di sebalik kehendakNya.

          Bila sudah tiba masanya, aku memohon mudahan jalan ditunjukkan untuk aku mencari makna yang terkunci rapi ini, supaya kuncinya aku temui dan akan ku buka pintu itu dengan cermat untuk mencapai jawapan yang telah lama terpatri. Kadang-kadang sikap aku mungkin keterlaluan dan mungkin juga tidak layak untuk menerima kehadiran yang tersembunyi di sudut yang kabur dan kelam. Errrmmmmm....ini mungking ujian yang harus aku tempuh dan harus ku redah tanpa mengira onak duri yang akan ku redah. moga kekusutan ini akan mematangkan lagi diriku untuk mendapat tempat yang hakiki di semua sudut pandangan.

         Kini dakwat pena mula mengalir kembali untuk aku melakar perjalanannya lebih jauh lg demi mencapai ke penghujung titisan yang terakhir...ya Allah......ampun kan daku..

Monday, March 28, 2011

Berterimaksih Ku kepadanya

         Lambaian Ungkapan itu telah membuatkan aku menungkat dagu sementara. Aku mengimbas kembali kisah lama untuk ditarbiahkan buat kali terakhir dalam aku mencari kunci permulaan yang baru. Betul kata para Ulamak.....dalam diri kita perlu ada perkataan HIJRAH iaitu membawa maksud berpindah. Secara zahirnya, perpindahan itu mempunyai skop yang luas yang dapat di terjemahkan dalam erti kehidupan kita.

           Konteks ini telah aku terjemahkan dalam diri ku untuk aku membina kembali keyakinan diri aku bagi menjadikan pengalaman lalu sebagai tarbiah yang amat bermakna. Ia memberi nikmat yang pahit untuk aku terjemahkan menjadi nikmat yang manis. yarhhhh............aku berterimakasih padanya kerana membenarkan keikhlasan yang kian lama terbuku dimana ia menjadi makna jawapan yang aku mencari selama ini. jawapan itu akan aku hamaparkan di permukaan yang rata biar ia diserap dengan usia yang tidak terkira. Biarlah ia hilang terbenam jauh dari sudut hamparan itu agar aku dapat menghamparkan benih yang baru.

           Kadang-kadang kita tidak dapat memutuskan apa yang terbaik untuk diri kita tanpa bantuan yang Esa. Betul kata kata orang bila sesuatu yang hampir itu mengganggu dalam kehidupan kita, kita akan mula merasa serabut dengan kehadirannya, dan bila ia sudah pergi kita akan mula rasa kesepiannya. Harus diingat yang pergi tidak akan berpatah kembali dan ia akan terus kabur dari pandangan hati. Mungkin ada baiknya bila ia pergi, kerana ia tidak akan mengganggu lagi dan mencelarukan hati.

            Kehendak hati sentiasa kita turuti, tetapi kehendak azali tidak lagi pasti untuk kita turuti. Kadang-kadang kita takut untuk berbicara rasa hati. Hal ini kerana hati takut untuk dilukai. Orang selalu berbicara soal hati, tapi tidak seorang pun yang ingin memahami kehendak hati. Kadang-kadang ia membuat keputusan yang tidak releven untuk menuntut jawapan yang dikehendaki.


                                                                                                                            dinnas
                                                                                                                            tarbiah 290311

Sudah Tiba Masanya

Redup syahdu raub wajahku,
Mengira masa yang berlalu,
Mengukir indah memori manisku,
sehinggaku pun tidak tahu
yang mana benar untuk diriku

Sedar tidak sedar aku harus tahu,
Kesudahan yang nyata baru ku tahu,
Indahnya memori itu akan berlalu,
melambai-lambai kabur di pandanganku,
ia pergi tinggalkan lagu
irama longlai berdendang sayu
berdetup kencang gendang jantungku
dan bergetar ketar seluruh jasadku

Apabila masa ini ku tahu
aku harus berbekal tekad yang jitu
bahawa ia akan pergi begitu
dan harus aku bina yang baru
seutuh konkrik yang menjadi kekuatan
batin ku

                                                   Dinnas                                            
                                      nukilan 28/3/11

Tuesday, February 15, 2011

Khayalan yang tidak pernah TerjaWab

Ukuran pangkat sentiasa membezakan diriku yang kerdil ini. Perbezaan itu telah menerajui diriku untuk mengenal erti hidup aku sebagai seorang insan yang tidak pernah jemu mengorak langkah mencari makna jawapan yang tersurat. Berbekalkan usaha yang tiada penghujung dan kesudahannya itu membuatkan kecekalan hati semakin solid membeku membentuk ketulan nekad yang tidak pernah kenal erti putus asa.

    Disini hati kecilku mula berbicara kembali menilai apakah yang diriku ingin dan apakah jawapan yang diriku cari???? Kelibat persoalan ini telah mula merasuk jiwa yang tidak keharuan dalam menagih kesempurnaan hidup sehinggakan terpahat dua cabang yang membelah kehendak azali. Persoalan mula timbul "?" dimana ia telah mengelirukan kehendak jawapan. Adakah ia akan berlalu begitu sahaja dibawa arus keruan masa!!!
    
    " JIKA BISA MASA LAMPAU ITU DIUNDUR KEMBALI, MAKA KENANGGAN DAN PELUANGNYA TIDAK AKAN AKU LEPASKAN " dan Jika kehendak azali mahu ia terjadi sedemikian, MAKA aku pasrah dengan kehendak yang tercatat itu. But this ambition can't change because, yang dah berlalu tidak akan berlalu lagi malah ia akan menjadi sisa-sisa usang yang rapuh di mamah usia. Kebiasaan mula membantu aku untuk menghadapi semua yang telah terbuku ini, mudahan dengan tabah dan sabar aku akan dapat mencari makna yang sebenarnya.
                                                                   
                                                                                                                                 by: asrulddin

Friday, February 11, 2011

Bila Duniawi DiUtamakan

Bila mata hati sudah buta,
Bila jasad sudah di noda,
Bila seluruh panca indera ditawan,
dan Bila Raja sudah mula bertakhta
maka lumpuh lah insan yang bergelar manusia

Bertuhankan PANGKAT, HARTA, dan MASA
mereka lalai dibuai arus ombak yang bergelora
dipukul,dilibas dan terulik dengan kehendak 
nafsu yang membuak-buak demi emas setongkol

Apa yang terlarang mereka gelak ketawa
kehendak yang MAHAKUASA di tinggal tidak terkira
maka bila dihisab baru nak kecewa
baru hendak berduka
mengenang kembali kisah puaka
yang tidak akan diberi masa
untuk kembali mengamal pahala
sungguh pun masa yang ada tidak diguna
hanya mengejar duniawi semata-mata.

                                          by:asrulddin








Thursday, February 10, 2011

Bila Hati Bertasbih

Kedut usang yang terpahat di raup wajah ini telah melambangkan usia duniaku makin suram dan kelam. Hatiku sentiasa membisik dan mengusik kalbuku yang telah lama alfa dengan nikmat kedunian yang tidak pernah pudar sehinggakan aku sedar tidak sedar masa yang tinggal hanya nyawa-nyawa ikan yang memerlukan oksigen yang cukup. Situasi ini dapat ku ibaratkan " Rumah menyarankan aku pergi dan Kubur menyarankan aku kembali."

Kenikmatan yang aku ada sekarang hanya tinggal di hujung titi yang sudah tidak ada kesempatan untuk aku mengorak langkah kearah mencapai nikmat kebesaranNya. Kesedaran itu lahir apabila kepedihan yang menular dalam diri aku itu sudah mula tiba di penghujungnya. Hati aku berbisik kembali, adakah masih berkesempatan untuk aku menatap kembali sisa-sisa hidup aku yang lalu agar dapat aku insafi dan hatiku akan kembali bertasbih kepada yang mengerti akan kehanyutan diriku ini telah terlanjur tanpa arah,tujuan dan titik nokhtahnya.

Bila? kenapa? dan adakah aku akan kembali ke permukaan bumi itu dengan tangan kosong.........