my Mom @ Dad

my Mom @ Dad

Saturday, August 21, 2010

Kisah Aku.

Saat yang mengukir senyuman yang paling terindah dalam hidup aku,erm....penantian selama 3 tahun amat bermakna dalam hidup aku. Aku berbangga kerana dalam perlumbaan saudraku yang lain,maka lahir lah aku sebagai sang juara, di mana senyuman manis ini juga dapat dikongsi bersama ibu dan ayah tercinta. kegembiraan ini tidak dapat aku lupakan seumur hayat aku kerana kekusutan yang terpapar di wajah mak+ayah aku selama membesarkan aku selama ini, telah dapat aku ukirkan senyuman yang bermakna dalam hidup beliau pada 05 Ogos 2010 ( Khamis ).
            
          Mungkin juga pada hari itu aku dapat titiskan air mata kegembiraan di gigi mata mak+ayah aku dan membuatkan pipi mereka di banjiri air tanpa mereka sedar...." owh....! anakku sudah berjaya dan memegang skrol ijazah dah." itulah bisikan hati kecil beliau yang bercakap akan pahit jerih membesarkan anak mereka hingga berjaya.

          Aku tahu, desas desus kepahitan mereka untuk membesarkan aku dari jeritan yang kedengaran masa aku dilahirkan sampai lah aku dewasa kini..mereka sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak mereka supaya menjadi insan yang berguna kelak. Munking juga mereka terkedu hati dengan perlakuan yang aku sendiri tidak sedar aku telah melukaai hati mereka. tetapi apa kan daya, kerana ingin melihat anaknya membesar dengan selesa, kekusutan itu tidak sekali pun mereka simpan dihati.

                                                                                                                             By : Asrulddin Yunus

Wednesday, August 18, 2010

TerPaku KU Sujud PadaNYA

Menatap sendu bayangan Diriku, lalu ku melihat satu titik permulaan yang tidak pernah ada penghujungnya. Diriku terpaku melihat kebesaran ciptaanNYA yang tiada dapat terungkap dibenak hatiku. Aku pasrah akan ketentuan yang telah terbuku sejak tercetusnya pertemuan persenyawaan yang lahir antara kasih sayang ayah dan ibuku...lalu aku disini. Ya...memang unik asal kejadian diriku ini. Ku sedar tanpa cinta dan kasih sayang yang tulus di sudut hati kecil keduanya, aku tidak akan berjaya sampai  kehari ini. terimaksih pada yang maha pencipta.  


            Ya Allah ampunilah aku,
            akan dosa kelakuanku
            sama ada ia berlaku dengan sengaja atau sebaliknya,
            Ampunilah dosa kedua ibubapa ku,
            dosa-dosa ahli keluargaku,
            dosa-dosa guru-guruku
            sahabat handai ku dan ahli keluarga mereka
            serta muslimin muslimat
            samada yang masih hidup mahu pun yang telah meniggal dunia
            iaitu dosa-dosa besar mahu pun kecil

               Ya Allah...golongkan kami dalam golongan orang yang beriman
               mentaati perintahMU dan menjauhi laranganMU
               dan golongkanlah kami dalam golongan orang yang
               meniti titian siratalmustaqim sepantas kilat
               serta tergolong dalam golongan ahli syurga bersama
               nabi kami iaitu Nabi Muhammad s.a.w.


            Ya Allah makbulkanlah permintaan kami ini
            sebagaimana engkau memakbulkan doa-doa
            para syahadat dan solehin
            doa-doa para nabi dan rasul
            amin Ya Rabbal 'alamin....

Titisan Sujud Terakhir

lemah longlai jasadku
menunduk syahdu
merenung, menatap, memeluk erat,
dan mentarbiahkan kalbu
lalu ia kaku membisu

ku pejam erat mata hatiku
ku imbas memori lalu
sehingga lidah ku kelu terkaku
mata hatiku menitis syahdu
membasahi sujud terakhirku