Saat yang mengukir senyuman yang paling terindah dalam hidup aku,erm....penantian selama 3 tahun amat bermakna dalam hidup aku. Aku berbangga kerana dalam perlumbaan saudraku yang lain,maka lahir lah aku sebagai sang juara, di mana senyuman manis ini juga dapat dikongsi bersama ibu dan ayah tercinta. kegembiraan ini tidak dapat aku lupakan seumur hayat aku kerana kekusutan yang terpapar di wajah mak+ayah aku selama membesarkan aku selama ini, telah dapat aku ukirkan senyuman yang bermakna dalam hidup beliau pada 05 Ogos 2010 ( Khamis ).
Mungkin juga pada hari itu aku dapat titiskan air mata kegembiraan di gigi mata mak+ayah aku dan membuatkan pipi mereka di banjiri air tanpa mereka sedar...." owh....! anakku sudah berjaya dan memegang skrol ijazah dah." itulah bisikan hati kecil beliau yang bercakap akan pahit jerih membesarkan anak mereka hingga berjaya.
Aku tahu, desas desus kepahitan mereka untuk membesarkan aku dari jeritan yang kedengaran masa aku dilahirkan sampai lah aku dewasa kini..mereka sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak mereka supaya menjadi insan yang berguna kelak. Munking juga mereka terkedu hati dengan perlakuan yang aku sendiri tidak sedar aku telah melukaai hati mereka. tetapi apa kan daya, kerana ingin melihat anaknya membesar dengan selesa, kekusutan itu tidak sekali pun mereka simpan dihati.
By : Asrulddin Yunus
