Menatap sendu bayangan Diriku, lalu ku melihat satu titik permulaan yang tidak pernah ada penghujungnya. Diriku terpaku melihat kebesaran ciptaanNYA yang tiada dapat terungkap dibenak hatiku. Aku pasrah akan ketentuan yang telah terbuku sejak tercetusnya pertemuan persenyawaan yang lahir antara kasih sayang ayah dan ibuku...lalu aku disini. Ya...memang unik asal kejadian diriku ini. Ku sedar tanpa cinta dan kasih sayang yang tulus di sudut hati kecil keduanya, aku tidak akan berjaya sampai kehari ini. terimaksih pada yang maha pencipta.
Ya Allah ampunilah aku,
akan dosa kelakuanku
sama ada ia berlaku dengan sengaja atau sebaliknya,
Ampunilah dosa kedua ibubapa ku,
dosa-dosa ahli keluargaku,
dosa-dosa guru-guruku
sahabat handai ku dan ahli keluarga mereka
serta muslimin muslimat
samada yang masih hidup mahu pun yang telah meniggal dunia
iaitu dosa-dosa besar mahu pun kecil
Ya Allah...golongkan kami dalam golongan orang yang beriman
mentaati perintahMU dan menjauhi laranganMU
dan golongkanlah kami dalam golongan orang yang
meniti titian siratalmustaqim sepantas kilat
serta tergolong dalam golongan ahli syurga bersama
nabi kami iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Ya Allah makbulkanlah permintaan kami ini
sebagaimana engkau memakbulkan doa-doa
para syahadat dan solehin
doa-doa para nabi dan rasul
amin Ya Rabbal 'alamin....
No comments:
Post a Comment