Lambaian Ungkapan itu telah membuatkan aku menungkat dagu sementara. Aku mengimbas kembali kisah lama untuk ditarbiahkan buat kali terakhir dalam aku mencari kunci permulaan yang baru. Betul kata para Ulamak.....dalam diri kita perlu ada perkataan HIJRAH iaitu membawa maksud berpindah. Secara zahirnya, perpindahan itu mempunyai skop yang luas yang dapat di terjemahkan dalam erti kehidupan kita.
Konteks ini telah aku terjemahkan dalam diri ku untuk aku membina kembali keyakinan diri aku bagi menjadikan pengalaman lalu sebagai tarbiah yang amat bermakna. Ia memberi nikmat yang pahit untuk aku terjemahkan menjadi nikmat yang manis. yarhhhh............aku berterimakasih padanya kerana membenarkan keikhlasan yang kian lama terbuku dimana ia menjadi makna jawapan yang aku mencari selama ini. jawapan itu akan aku hamaparkan di permukaan yang rata biar ia diserap dengan usia yang tidak terkira. Biarlah ia hilang terbenam jauh dari sudut hamparan itu agar aku dapat menghamparkan benih yang baru.
Kadang-kadang kita tidak dapat memutuskan apa yang terbaik untuk diri kita tanpa bantuan yang Esa. Betul kata kata orang bila sesuatu yang hampir itu mengganggu dalam kehidupan kita, kita akan mula merasa serabut dengan kehadirannya, dan bila ia sudah pergi kita akan mula rasa kesepiannya. Harus diingat yang pergi tidak akan berpatah kembali dan ia akan terus kabur dari pandangan hati. Mungkin ada baiknya bila ia pergi, kerana ia tidak akan mengganggu lagi dan mencelarukan hati.
Kehendak hati sentiasa kita turuti, tetapi kehendak azali tidak lagi pasti untuk kita turuti. Kadang-kadang kita takut untuk berbicara rasa hati. Hal ini kerana hati takut untuk dilukai. Orang selalu berbicara soal hati, tapi tidak seorang pun yang ingin memahami kehendak hati. Kadang-kadang ia membuat keputusan yang tidak releven untuk menuntut jawapan yang dikehendaki.
dinnas
tarbiah 290311
No comments:
Post a Comment